Monday, November 4, 2013

3 Jenis GEMUK yang Perlu Anda Ketahui

Terlintas tak kenapa ada sesetengah orang tak makan pun boleh gemuk, ada yang kuat makan tapi tak gemuk-gemuk. Ini ekoran mereka tergolong dalam jenis kegemukan yang berbeza. Terdapat 3 jenis kegemukan yang harus anda ketahui sebelum memulakan sebarang program pelangsingan. Saya huraikan secara ringkas di bawah:




GEMUK AIR
  • Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
  • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak

GEMUK ANGIN
  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut.
  • Mudah kena 
    • sakit kepala
    • migrain
    • loya tekak
    • sebu perut
Nota :Gemuk Air & Angin, bahagian lengan tangan mengelambir dan lembik bila ditarik


GEMUK DAGING
  • Jenis kurang makan sayur dan buah-buahan (serat)
  • Rangka besar
  • Suka makan makanan berkarbohidrat - nasi, roti
  • Badan berasa berat dan pejal.
  • Mudah penat apabila melakukan tugas harian
  • Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
  • Proses penurunan melalui perpeluhan, seeloknya bersenam
  • Cuba picit bahagian lengan tangan, kalau merasa pejal dan padat, tahniah anda gemuk daging
  

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil
sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Boleh turunkan berat badan tetapi perlu rutin yang konsisten dan ambil masa yang lebih lama.

No comments:

Post a Comment