GEMUK AIR
- Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
- Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
- Bahu agak jatuh apabila berdiri
- Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
- Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak
GEMUK ANGIN
- Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut.
- Mudah kena
- sakit kepala
- migrain
- loya tekak
- sebu perut
GEMUK DAGING
- Jenis kurang makan sayur dan buah-buahan (serat)
- Rangka besar
- Suka makan makanan berkarbohidrat - nasi, roti
- Badan berasa berat dan pejal.
- Mudah penat apabila melakukan tugas harian
- Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
- Proses penurunan melalui perpeluhan, seeloknya bersenam
- Cuba picit bahagian lengan tangan, kalau merasa pejal dan padat, tahniah anda gemuk daging
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil
sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Boleh turunkan berat badan tetapi perlu rutin yang konsisten dan ambil masa yang lebih lama.
